Monday, August 8, 2011

FA Community Shield 2011 : Man Utd 3 - 2 Man City


Assalamualaikum & salam sejahteraiinye pun adoi.

Kegatalan jejari runcing untuk menaip kembali lagi. Kalau sebelum ni aku menyumbangkan pendapat yang tak seberapa pasal kekalahan skuad Malaysia tempoh hari. Kali ni aku nak borak pasal kemenangan Man United semalam dan secebis pendapat aku mengenai pemain2 berjersi merah ni. Yeah, seronok bukan kepalang bila tengok MU menjulang FA Community Shield di Stadium Wembley. Lebih manis kejayaan ini diperoleh hasil kemenangan ke atas rival, tak lain tak bukan, Man City dengan keputusan akhir 3-2.

Tengok game semalam kat mana?
Rumah sudah. Kalau kat mapley memang aku kena duduk depan skrin. Rabun punya pasal. Lagipun dengan tiga pembelian baru MU, aku kena tengok betul2 camne diorang ni boleh adapt dengan taktikal Sir Alex Ferguson (SAF). So memang tak la aku nak komen sangat pasal permainan City. Bukan team favourite aku pun.



Okay. Starting eleven. Komen sikit?
Sangat mengejutkan aku. David De Gea di posisi goalkeeper (dengan jersi no.1 pulak tu). Chris Smalling di posisi rightback dan Danny Welbeck bergandingan dengan Rooney di bahagian serangan. Terdiam aku sejenak. SAF menyenaraikan pemain yang benar2 menyerlah ketika kunjungan pra-musim ke US baru-baru ni. Aku tak nafikan, Smalling dan Welbeck sangat menyerlah time tu. Bagaimana dengan De Gea? Mungkin SAF hendak membiasakan penjaga gol barunya itu dengan tekanan bermain dalam game besar camni. Yang pasti ia satu perjudian yang berani. Sangat berani.

Pemain lain?
Ferdinand, Vidic & Evra masih kekal utuh di posisi mereka. Sayap kiri diisi pembelian terbaru dari Aston Villa, Ashley Young manakala sayap kanan milik Nani yang menggunakan peluang keemasan ini lantaran kecederaan Antonio Valencia. Di midfield center, posisi yang telah menjadi topik perbualan hangat sejak Paul Scholes bersara, Michael Carrick bergandingan dengan Anderson. Apapun spekulasi Wesley Sneijder telahpun terjawab selepas match ni.

Permainan MU ketika 1st half?
Bagi aku sangat positif. Ketika City gagal untuk menguasai bola, MU lebih selesa mengawal permainan. Ashley Young berfungsi dengan baik di bahagian sayap kiri dan Micah Richards nampak kepenatan diasak beliau. Larian Welbeck cukup untuk mengkucar-kacirkan pertahanan City. Dia hanya perlu lebih agresif menghidu peluang di hadapan gol. Anderson pula tenang di posisi tengah menjadikan Yaya Toure gagal untuk bermain cemerlang. Bahkan menenggelami permainan Carrick yang nampak struggle kali ni. Rooney dan Nani, kekal berbahaya dengan permainan satu dua mereka.

Bolos 2 gol mudah. Apa pasal?
Haa, yang tu aku menggaru kepala jugak la. Attack dah cantik dah tapi defend teruk sikit. Dari Malaysia sampai Liverpool, apa memang musim defend tak boleh cari makan kot sekarang. First gol bolos sebab Ferdinand miss header bola free kick David Silva. Lescott senang hati je score dengan dahi berparut dia tu. Geram jugak la tengok MU bolos melalui set piece. De Gea memang tak boleh buat apa pun. Tapi untuk gol kedua, tiada alasan. Memang defend MU agak leka, tapi sepatutnya De Gea mampu menepis keluar rembatan kencang dari Dzeko. So, pembelian 17 juta pound ini harus segera sedar yang dia bukan lagi bermain untuk Athletico Madrid, tapi di salah sebuah kelab terbesar di dunia. Jika berterusan begini, tak mustahil namanya akan tersenarai sebaris dengan Fabien Barthez dan Massimo Taibi.

Pertukaran separuh masa kedua. Cleverley, Phil Jones & Evans menggantikan Ferdinand, Vidic & Carrick. Komen?
Tepat pada masanya. Gol pertama City memang jelas hasil kesilapan Ferdinand. Untuk gol kedua, Vidic seharusnya pantas menutup ruang untuk Dzeko merembat dari jauh. Manakala pergerakan Carrick sangat perlahan untuk mengikuti rentak permainan pantas MU.

Separuh masa kedua?
Hak milik MU. Mengawal bola dengan baik, lancar ketika menyerang dan City hanya mampu terdiam kaku. Gol pertama hasil free kick Ashley Young yang mudah ditolak masuk Smalling tatkala tiada pemain mengawal nya. Kemasukan Cleverley menambahkan kepantasan dan hantaran satu dua darinya sangat menakjubkan. Ini terbukti dengan permainan one touch dari beliau, Rooney dan Nani untuk menghasilkan gol penyamaan yang sangat menarik. Last aku menyaksikan MU bermain camni adalah ketika C.Ronaldo, Rooney dan Tevez bergandingan. Tiga tahun lepas. Hahaha.


Gol kemenangan dari Nani?
Sebaik saja Berbatov masuk menggantikan Welbeck, aku merasakan bahawa game akan berlanjutan ke penalti. Kerana Berbatov memang ada kemampuan mengambil sepakan penalti berbanding Welbeck. Yang pasti bukan untuk melakukan kejutan di minit2 akhir perlawanan. Hehehe. Mungkin Nani tidak mahu mengambil sepakan penalti. Ketika City mengasak, pertahanan MU mengeluarkan bola dari kawasan bahaya. Nani yang berseorangan di atas berjaya merampas bola dari Kompany seterusnya memperdayakan Joe Hart dengan larian solo nya untuk gol kemenangan di masa kecederaan. Okay SAF, selepas ini anda bukan sahaja mempunyai masalah lebihan striker, tetapi juga perebutan tempat untuk bahagian sayap terutama apabila Valencia pulih dari kecederaannya nanti.

David De Gea, di separuh masa kedua?
Berjaya mengembalikan keyakinan setelah goyah di separuh masa pertama. Khususnya apabila berjaya menepis percubaan kencang Adam Johnson. Terdapat beberapa siri menyelamat darinya namun masih sukar untuk kita melupakan kesilapan mudahnya di awal permainan.

Gandingan Phil Jones dan Evans?
Jarang diuji dek kerana City kehilangan arah di separuh masa kedua. Namun terus menunjukkan potensi dan masa depan mereka pasti cerah di Old Trafford.

Apa yang positif selepas game ni?
Ketiadaan Paul Scholes memaksa SAF untuk merubah corak permainan MU. Bukan keseluruhan. Kadang-kala cuba bereksperimen dengan bermain hantaran pendek sekitar kotak penalti. Hanya Ashley Young berlegar di kawasan sayap manakala Nani lebih ke tengah bergandingan dengan Rooney. Welbeck pula menggunakan kepantasan beliau untuk menyelinap di celah pertahanan City. Kemasukan Cleverley benar2 merancakkan permainan MU dengan Anderson lebih diberikan free role berbanding musim lalu. Smalling pula nampak selesa dengan posisi barunya dan sekali sekala ancamannya dari bahagian kanan sangat berkesan. Guess what? Skuad kali ini juga dipenuhi dengan pemain2 England! Of course la, Man Utd kan kelab England.

Ferdinand, Vidic & Carrick. Persembahan mereka?
Agak mengecewakan. Termasuk Evra. Harus meningkatkan mutu permainan seiring dengan kredibiliti mereka. Yang pasti, starting eleven bukan lagi tempat automatik buat mereka tatkala pemain muda seperti Smalling, Jones, Fabio & Cleverley sentiasa mengintai peluang.



De Gea atau Lindegaard?
Lindegaard. De Gea masih muda dan ada potensi namun memerlukan masa untuk menyesuaikan diri. Biarkan dia bermain untuk League Cup & FA Cup.




Peluang mempertahankan kejuaraan BPL untuk kali ke-20?
Cukup lah dengan pemain yang ada sekarang, peluang MU memang cerah. Kemenangan ke atas City menceritakan segalanya. Tambahan pula setakat ini Arsenal, City, Chelsea, Liverpool & Spurs nampak agak goyah dengan pelbagai masalah. Namun masih ada masa untuk pasukan2 ini melakukan perubahan.

Habis, Wesley Sneijder camne?
Dia dah boleh pergi jahanam. Letih la bila bukak goal.com penuh gambar & cerita pasal dia je. Bukan hebat mana pun. Bagi aku, dia dah tua la. Aku rela MU beli Mario Gotze (Dortmund) ataupun Ki Sung-Yueng (Celtic) sebagai pesaing Cleverley dibahagian tengah.


Barca?
Dengan pemain muda yang MU ada sekarang, jurang perbezaan semakin mengecil. Tak jauh dah tu!

No comments:

Post a Comment