Saturday, January 7, 2012

Manchester United, Secebis Pendapat & Harapan


Assalamualaikum dan selamat sejahteranyee pun adoi.

Memang dah lama tak menconteng arang kat blog bersawang aku nih. Balik2 menaip status & berbalas komen kat facebook. Heeiiyyapppedaa.

Okaylah, rasa belum terlambat lagi untuk aku ucapkan Happy New Year kepada semua manusia kat bumi. Semoga tahun 2012 akan menjadi pencetus semangat buat kalian untuk lebih sukses dalam apa jua bidang yang diceburi. Tahun ni aku takde azam. Ehh, sepanjang hidup aku ada pulak azam tahun baru kann. Memang tak lah. Azam aku flexible. Tak kira apa & bila. Hahaha.

Cerita bola sepak 2012. Muka Nazmi Faiz macam Kaka? Awek dia hot? Safee Sali tercalon dalam Asia Best Team 2011? Bukan bukan bukan dan bukan ye anak2 sekalian. It's about my favourite team lahh, Manchester United. Takkan Manchester City kot.  =________= "

Actually aku baru lepas tengok game Newcastle lawan MU 3 hari lepas. First game MU untuk tahun baru ni. Result pun ramai dah tau. MU haters, sukalah korang eh? Takpe2. Memang patut pun korang seronok.

Sejak kekalahan memalukan 6-1 di tangan City & terkulai 2-1 diasak FC Basel (punca utama MU gagal melayakkan diri ke pusingan kalah mati Champions League), persembahan MU sangat goyah. Bukan gagal meraih kemenangan, tetapi kurang meyakinkan. Deretan keputusan 1-0 disertai aksi longgar & longlai. Yeah, menang 5-0 ke atas Fulham & Wigan pada Boxing Day. Kemudian kecundang 3-2 kepada Blackburn di Old Trafford, 4 hari sebelum kekalahan 3-0 di Newcastle semalam. Yo-yo bukan?

Persoalan demi persoalan timbul. Adakah pemain MU terlebih makan lemang time krismas lalu mengakibatkan mereka sakit perut & cirit birit? Mungkinkah Rooney terlalu sibuk keluar masuk pusat rawatan rambut sampai terpaksa skip training? Ryan Giggs kecewa tidak tercalon sebagai Best Young Player last season? Hahaha. Just kidding. So kat bawah ni antara pendapat2 separa profesional aku untuk separuh musim MU setakat ini.


Masalah di bahagian midfield

Ketika permulaan musim, MU dengan yakin mengharapkan Cleverley & Anderson untuk mengemudi jentera tengah pasukan. Kemenangan ke atas City semasa perlawanan Community Shield menguatkan lagi andaian Sir Alex Ferguson (SAF) untuk menggunakan khidmat mereka seterusnya melenyapkan spekulasi pembelian Sneijder. Peranan Cleverley dalam menggerakkan serangan dengan hantaran2 pendek & kebebasan permainan Anderson sebagai box-to-box midfielder merubah corak permainan MU.

Namun setakat itu sahaja. Kecederaan jangka panjang mereka berdua membuatkan SAF kembali menggunakan khidmat Carrick, Giggs & Fletcher malahan Phil Jones di bahagian tengah. Carrick tetap Carrick. Sukar untuk melihat dia beraksi pada tahap terbaiknya. Jangan terlalu mengharapkan keajaiban dari Giggs. Faktor umur menyebabkan beliau tidak lagi selincah dulu walaupun boleh membekalkan hantaran2 berkualiti. Fletcher, dikatakan menghidap penyakit misteri. Sejak itu tahap kecergasannya diragui. Jones? Berbakat namun bukan pengganti tetap di bahagian midfield. Khidmatnya lebih diperlukan di bahagian pertahanan. Oh ya! Darron Gibson? Errr...

Jangan lupa, produk2 dari akademi MU tidak boleh dipandang ringan. Paul Pogba & Ravel Morison. Kedua-duanya pemain midfield yang berbakat besar untuk menjadi pemain ternama di masa hadapan. Ibarat permata kasar yang belum digilap. Tapi entah kenapa SAF kelihatan ragu2 untuk menurunkan mereka. Tidak berani mengambil risiko mungkin.

Bulan Januari telah tiba. Tatkala Owen Coyle sangat teruja dengan tirai perpindahan yang menjelma, lain pula dengan SAF. Sebelum perlawanan menentang Blackburn pada Boxing Day lalu, SAF menegaskan bahawa beliau amat berpuas hati dengan keadaan pasukannya sekarang. Tiada pemain baru akan dibawa masuk sehingga tamat musim ini. Akibatnya? Statement tersebut telah dibalas dengan dua kekalahan memalukan berturut-turut.

Cukup2 lah dengan kedegilan anda tu pakcik Alex. Tak salah pun kalau sekali sekala pakcik menelan ludah sendiri. Kalau pakcik taknak tengok City menjulang title BPL season ni, carilah seorang dua midfielder tengah. Posisi tersebut amat bermasalah ketika ini. Ambil pengajaran dari kisah sedih Arsene Wenger. Sebaik sahaja dua miedfield berpengaruh beliau, Fabregas & Nasri meninggalkan Arsengal ketika awal musim malah diburukkan lagi dengan kekalahan teruk kepada MU, kedegilannya mula diuji. Dah la star player lari, pastu backup pulak injured. Menyedari tekanan dari penyokong yang memuncak, beliau terus membeli Arteta & meminjam Benayoun. Last minute thinking. Nasib baik berbaloi.

Pakcik jangan pening kepala. Saya dah buat homework untuk memudahkan pakcik. Ni antara player2 yang saya rasa sesuai untuk pembelian bulan Januari kali ni. Maybe tak seworld class macam Sneijder, De Rossi & Schweinsteiger. Tapi rasa lagi murah dari segi yuran perpindahan & gaji. Muda & berbakat pulak tu. At least dapat beli dua dari pilihan saya ni pun dah cukup puas hati dah. ;)

Nama : Mario Götze
Umur : 19 tahun
Kelab : Borussia Dormund


Nama : Jack Rodwell
Umur : 20 tahun
Kelab : Everton


Nama : Ki Sung-Yueng
Umur : 22 tahun
Kelab : Celtic

De Gea atau Lindegaard?

Sebaik sahaja SAF memuktamadkan pembelian De Gea dari Atletico Madrid dengan harga 18 juta pada awal musim, aku tak pernah anggap beliau akan menggantikan Van Der Sar dengan secepat mungkin. Kenapa?

Berpotensi untuk menjadi penjaga gol bertaraf dunia namun tidak mempunyai keyakinan. Beberapa siri kesilapan berprofil tinggi telah ditunjukkan. Kelihatan teragak-agak untuk keluar menangkap atau menepis hantaran lintang dari pasukan lawan. Fizikal yang agak kecil & kurus menyebabkan beliau sukar untuk menghadapi situasi bola tinggi tatkala rakan sepasukan sudah memberikan perlindungan sewajarnya untuk beliau. Dengan tag price yang mahal beserta harapan berjuta penyokong MU untuk melihat Van Der Sar dapat digantikan serta merta, jelas De Gea berada dalam situasi amat tertekan.

Berbeza dengan Lindegaard yang tidak menghadapi dua tekanan tersebut. Nampak lebih tegap, tenang & berkeyakinan. Walaupun persembahannya belum boleh dikategorikan cemerlang namun berjaya membuatkan segelintir penyokong MU tertanya kenapa SAF tidak memberikan beliau jersi nombor 1 peninggalan Van Der Sar. Malah taktik SAF yang selalu menggilirkan kedua-dua penjaga gol ini juga menjadi perdebatan hangat kalangan pengkritik bola sepak. Apa rasionalnya? Untuk mendedahkan De Gea dengan corak permainan BPL dan pada masa yang sama membiarkan City menjarakkan kedudukan di takhta liga? Adakah SAF juga merasai tekanan akibat harga inflasi De Gea?


Beginilah. Hakikat bahawa De Gea adalah calon yang tepat untuk menggantikan Van Der Sar memang tidak boleh disangkal tetapi bukan dalam masa terdekat. Aku percaya dia dibeli sebagai prospek untuk 10 tahun mendatang kerana kebanyakan penjaga gol bertaraf dunia dinilai berdasarkan pengalaman mereka. Pendapat aku, Lindegaard perlu diturunkan dalam perlawanan BPL & Eropah manakala biarkan De Gea bermain untuk perlawanan FA Cup supaya dia dapat menyesuaikan diri dengan corak permainan fizikal di England.

Boleh tak tunaikan permintaan saya wahai pakcik Alex?


Pasukan kecederaan Manchester United

Vidic, Evans, Smalling, Rafael, Fabio, Ashley Young, Fletcher, Anderson, Cleverley, Owen.

Dah boleh buat satu lagi team dah ni. LOL!


Pemain terbaik setakat ini?

Tidak keterlaluan kalau aku katakan amat sukar untuk mencari siapakah pemain terbaik MU sepanjang separuh musim kali ini. Baik Rooney, Nani, Ferdinand, Evans mahupun Evra, kebanyakan mereka beraksi di bawah tahap sebenar. Peranan Rooney pada musim ini yang agak ke bawah demi menampung kelemahan bahagian midfield membuatkan permainan counter-attack MU menjadi kurang lancar. Nani yang diharapkan mampu memberikan keajaiban dari bahagian sayap juga tenggelam. Skill2 yang kurang menjadi serta rembatan melulu yang tidak tepat seolah-olah mengingatkan aku kepada permainannya ketika baru menyertai MU 4 tahun lalu. 

Dibahagian pertahanan, Ferdinand yang semakin dihambat usia langsung hilang arah. Dia tidak lagi digeruni oleh striker2 yang jauh lebih pantas dan kuat berbandingnya. Begitu juga dengan Evra. Hebat ketika menyerang, namun telah mengalami kemerosotan dari aspek bertahan. Kelihatan posisi beliau lebih mudah ditembusi berbanding posisi lain. Evans? Syukur beliau mengalami kecederaan. Center back bidan terjun Carrick tampak lebih dari mampu untuk menggalas tugas beliau.

Seperti yang dikatakan, sukar untuk mencari siapakah pemain terbaik MU sepanjang separuh musim kali ini. Ditambah pula dengan masalah kecederaan beramai-ramai yang menimpa kem pasukan. Agak mustahil bunyinya. Namun dikalangan yang flop tu, aku rasa tiga pemain ni masih mampu untuk bermain pada tahap terbaik mereka.

Dimitar Berbatov

Ketika kontrak Owen disambung setahun lagi manakala tidak bagi Berbatov, aku rasa marah gila. Betul. Dia mahal, slow & pemalas. Apapun kata pengkritik terhadapnya aku bersetuju. Tapi aku tetap memandang tinggi kebolehannya. Teknik kawalan bola yang sangat bagus & first touchnya ibarat bola seolah-olah melekat pada kakinya. Malah masih mempunyai naluri untuk menjaringkan lebih satu gol dalam satu perlawanan walaupun tak konsisten. Jumlah 5 gol yang dijaringkan beliau ketika menentang Wigan & Blackburn pada perlawanan musim ini telah membuktikan segalanya. Ekoran prestasi baik yang ditunjukkan, terdapat ura-ura mengatakan bahawa SAF akan menawarkan Berbatov kontrak baru pada Januari ini.

Michael Carrick

Persembahannya musim ni memang mendatar. Tetapi gol menakjubkan ketika menentang QPR dan persembahan cemerlangnya sebagai center back ketika membelasah Wigan cukup untuk aku mengatakan dia berhak diberi pujian. Bagaimana pula pendapat anda Evans?


Antonio Valencia

The best United player so far. Letakkan sahaja beliau dimana-mana posisi sebelah kanan. Winger mahupun fullback, ancamannya tetap sama. Larian pantas, hantaran lintang yang tepat dan rembatan kencang. Beliau beraksi ibarat seperti seorang pemain sayap versi klasik yang menghiburkan. Hampir separuh daripada gol MU pada musim ini berpunca dari hantaran lintang darinya. Aksi ketika menentang bekas kelabnya, Wigan, juga membuktikan beliau mampu menjaringkan gol andai diberi ruang. Apapun, pemain yang menyarung jersi bernombor 25 ini jelas tidak tergugat langsung dengan ketibaan Ashley Young sebagai pesaing pada musim ini.


Semangat yang hilang

Sejak dari tahun 90'an, MU mempunyai sesuatu yang jarang ada pada team2 lain. Apa dia? Semangat melawan sampai tiupan wisel penamat. Haa, contoh kalau mana2 team yang tengah leading time lawan MU, lepas tu overconfident pulak. Adalah  makanannya. Hehehe. Antara yang paling famous of courselah time Final Champions League 1999 lawan Bayern Munich. Kalau tak pun semi final sebelum tu lawan Juventus. Bagi aku antara game yang sangat epic. Kalau nak tahu kenapa, rajin-rajinlah google ya!

Tapi tu dulu..

Sekarang ni susah sangat aku nak tengok comeback dari MU. Even kena tinggal 1-0 masa first half pun, kekalahan tu memang ada dalam jangkaan. Takdelah aku nak mengharap sangat gol2 last minit or kemasukan supersub yang mampu mengubah keputusan. Pedih betul hakikat ni. =_______=

Okaylah, ni antara pendapat ikhlas yang aku sempat luahkan. Apa yang aku nampak. Actually banyak lagi pendapat yang aku nak kongsikan di masa akan datang kalau berkesempatan. Insya-Allah. Btw, selamat menonton game FA Cup malam ni antara Man Utd vs Man City. Prediction?

GLORY GLORY MAN UNITED!!


No comments:

Post a Comment