Assalamualaikum dan salam sejahtera nya pun adoi,
Hari minggu camni, standard la. Semangat membuak-buak nak menyuarakan apa yang termukabuku di hati. Idea melimpah-ruah pulak tu kan. Okay. Bagi kebanyakan lelaki bujang macam aku, hujung minggu adalah bosan tanpa perlawanan bola sepak untuk ditonton. Kalau lelaki yang sudah berpunya, maka kekasih hati kebiasaannya akan dilupakan untuk seketika. Hebat kan penangan bola sepak? Hehehe.
Minggu ni takde game BPL. Hanya perlawanan FA Cup sahaja. Antara perlawanan tumpuan semalam, Liverpool vs MU kat Anfield. Ni bukan final ye anak2 sekalian. Baru fourth-round. Duhhh, malang betul big team jumpa kat pusingan awal. Tah siapa la yang buat undian camni. -.-
Keputusan perlawanan? Liverpool 2-1 Manchester United. Agger, Park & Kuyt sebagai penjaring gol.
Actually, tak banyak yang aku nak komen. Sebelum game start lagi aku tak letak harapan pun MU boleh menang. Kalau tanya makcik yang jual nasi lemak kat Giant Taman Permata tu pun dia akan cakap benda yang sama. Kenapa why & mengapaaa??
Liverpool kalau lawan team2 bawahan macam Stoke or Bolton memang boleh bikin mengantuk laa der. Tapi bila datang big team lain macam sikit dia punya pegi. Semangat kemain. Macam kena rasuk jin pun ada. Goyang beb. Aku ingat kalau diorang lawan Barca sekalipun, Messi boleh migrain jugak lah. Hahaha. Amboi, kenapa bias melampau ni? Actually memang aku fan MU, tapi bukan seperti kebanyakan fan2 yang lain, aku lebih menganggap Man City & Chelsea sebagai rival berbanding Liverpool & Arsenal. Kalau ada masa nanti aku akan story kenapa.
Kecederaan Wayne Rooney.
Disiplin permainan menyeluruh, rajin turun ke bawah membantu pertahanan & mampu melakukan hantaran tepat kepada rakan sepasukan. Wayne Rooney, seorang striker namun berkebolehan beraksi di semua bahagian midfield. Musim ini beliau belum lagi menonjolkan persembahan terbaik. Namun peranannya dalam mencorakkan permainan MU cukup menyerlah. Kekalahan di Anfield menceritakan segalanya. Welbeck ibarat forever alone di bahagian atas. Kehadiran Giggs bagi mengisi ruang yang ditinggalkan Rooney belum memadai untuk memberikan impak. Jelas kehilangan kudrat mudanya walaupun beraksi sepenuh perlawanan. Kadang2 bertukar posisi dengan Park yang berjaya menjaringkan gol penyamaan. Namun setakat itu sahaja. Semoga Rooney & Cleverley segera sembuh dari kecederaan andaikata tiada pembelian midfield dilakukan MU pada perpindahan bulan ini.
De Gea oh De Gea.
Setiap kali beliau diturunkan bermain, peratusan untuk pintu gol MU dibolosi memang tinggi. Bukan punca utama 2 gol Liverpool semalam namun keseluruhan persembahannya masih sama. Malah lebih buruk lagi. Confident level tahap negatif dah kot. Hehehe. Menambah satu lagi kelemahan terbaru semalam. Teragak-agak sama ada untuk menangkap @ menyepak keluar hantaran rakan sepasukan. Seandainya Lindegaard terus memberikan aksi yang terbaik, peluang De Gea untuk beraksi musim ini mungkin terhad untuk reserve league sahaja. Mungkin itu yang terbaik buatnya. Secara jujur, masih terlalu awal untuk beliau menjadi penjaga gol utama di kelab besar seperti MU.
Valencia tenggelam.
Bak kata Kenny Dalglish sebelum kick-off, "Andai Rooney tidak diturunkan dalam perlawanan ini maka kami hanya perlu merantai pergerakan Valencia. Beliau adalah pemain terbaik United setakat ini". Betul lah kata pakcik. Nak jaga Valencia punya pasal, Rafael dilupakan. Dapat jugak jadi assist untuk gol Park. Hehehe. Okay2. Aku admit memang Valencia tenggelam semalam. Sekali dia dapat bola, 3 orang datang kepung. Mana tak sesak nafas mamat tu. Ni bukan cerita pasal Ronaldo mahupun Messi. Hehehe. Tapi tenggelam2 pun dapat jugak sekali try kena tiang. Memang nice kalau gol. ;D
Mangsa kehilangan fokus minit2 akhir.
Goal kick dari Reina, ditanduk oleh Carroll & disudahkan oleh Kuyt. Simple kan? Kalau tengok replay pun dah tau apa puncanya. Ternyata Evra memilih kesilapan sebagai penutup aksi cemerlangnya sepanjang perlawanan. Memang dah habit beliau selalu off mark player tapi kali ni secara automatik terus dihukum. Maybe hilang fokus sebab kena maki dengan fan Liverpool agaknya. Chill sudah. Hehehe.
Kesilapan pertukaran Sir Alex?
Aku tak rasa ni kesilapan terbesar, tapi mengeluarkan Scholes & memasukkan Chicharito, bukanlah satu taktikal yang betul. Statistik separuh masa pertama menunjukkan bahawa MU memiliki 60% ball possesion berbanding Liverpool. Hakikat bahawa gandingan Carrick & Scholes di bahagian midfield amat berkesan. Menyedari Scholes agak kepenatan ketika 2nd half, mungkin sebab itulah SAF terpaksa melakukan pertukaran. Namun ternyata Chicharito musim ni bukanlah Chicharito ketika musim pertama nya di MU. Perlu memperbaiki first touch & memahami permainan offside pasukan lawan.
Last word for today.
Apapun tahniah untuk Liverpool. Kenyang korang berlauk kan Manchester minggu ni kan. Hahaha. Dari sudut positif sebenarnya bagus jugak MU kalah game ni. Dengan ramai pemain yang mengalami kecederaan, agak mustahil untuk MU menyediakan pasukan yang lengkap untuk mengharungi banyak perlawanan. At least sekarang dah boleh fokus dengan BPL. Kejar Man City sebaik mungkin. Abaikan Europa League pun takpe. Konsisten dalam setiap baki match BPL tu lebih penting. Bak kata Hafiz sebaik sahaja lagu Awan Nano menjuarai AJL 26 tadi, biar tersingkir dari FA Cup di tangan Liverpool dari menangis tengok Man City menang BPL season ni. Renung2 kan.
No comments:
Post a Comment