Friday, July 6, 2012

Dikala Otak Mulai Kosong

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tengok tajuk pun tau. Takde apa2 pun. Saja gatal-gatal jejari ni. Actually dek kerana kesukaran mendapatkan line internet membuatkan aku hilang mood nak berblogging. Ni pun nasib baik ada broadband Amir Afiq @ cousin merangkap PA aku.

Nak merapu apa eh. Bola? Gelak tawa City The Noisy Neighbours masih terngiang-ngiang di benak ku. Ditambah dengan kekalahan Portugal diperingkat semi final EURO 2012. Ibarat jatuh ditimpa tangga. Sakit tak hilang lagi ni. Next time kot baru boleh sembang2 bola.

Hmmm, sebenarnya banyak benda dalam hati ni aku nak luahkan. Sedih, tawa, kecewa, marah. Terlalu banyak sehingga melimpah ruah seolah-olah lebih sudu dari kuah. Kalau aku taip, silap2 boleh terbakar keyboard takpun lumpuh jari-jemari runcing. Kesimpulannya aku malas. Errr...

. . .

Kayaknya mata udah berat bener yukk. Ijinkan gue ketemu sama bidadari mimpi gue dulu yah. Permisi!


No comments:

Post a Comment